Friday 20 January 2012

Saya Sahut ^^

Assalamualaikum :3
Heee, hari ini saya berniat untuk menulis blog lebih awal daripada kebiasan. Tidak ada kaitan dengan sebarang siaran tv mahupun apa-apa lagi, cuma saya begitu teruja pada hari ini. Muka teruja sambil buka mulut. Sebenarnya saya ingin menyahut cabaran Inche Gabbana yang sungguh osem dan kool. Osemnya Jumaat, itulah tema yang diberikan oleh beliau. Namun, di waktu semua manusia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga sambil menonton Ultraman Mebius and Brothers, saya pula masih ligat berada di kampus menghabiskan masa bersama buku, ayat chenta Allah dan lappie ini. Bagaimana saya mahu menyahut cabaran Inche Gabbana. :O Saya tidak akan berputus asa! Pandang kiri pandang kanan. Oww yeahhh, apakah saya sudah lupa! Kenapa saya tidak terfikir? Sungguh kool dan bergaya idea yang muncul di minda. Sebenarnya, sebelum saya muncul dengan idea se osem ini, saya sudah pun bertekad untuk mengajak rakan saya untuk membaca al-mathurat bersama-sama. Namun pelawaan saya di tolak dengan senyuman tanpa kata-kata. Muka sedih. Lalu, semalaman saya memikirkan cara. Mengapa saya tidak mengajak diri saya bersama-sama saya melakukan kebaikan?? Sungguh osem kan? Gelak besar. Sebenarnya, pada hari ini saya sangat teruja untuk bersama-sama diri saya sendiri untuk membuat kebaikan. Di mulakan dengan solat subuh yang osem! Lalu saya teruskan dengan mandi. Sunnah Rasulullah SAW pada hari jumaat. Sudahkah anda membaca surah al-kahf? Belum, tidak, cepat-cepat. Fadhilatnya sungguh kool dan sangat menguntungkan?


.............

Saya hilang sebentar. Jangan risau. Saya sudah kembali bersemangat seperti ultraman Tiga yang berjaya melawan raksasa ikan berbadan ayam. Semestinya dengan bantuan lagu yang sangat kool. ! Oww yeahh. Kembali bersemangat. Hari yang penuh barakah ini perlu saya manfaatkan!
Surah al-Kahf, m/s:293
Seperti yang anda tahu, ye anda. ehh anda! Bukan-bukan, memang anda. Saya mengalami kepahitan yang melampau dan lega untuk saya lepaskan bahawa saya rasa Allah sangat mendengar doa saya. Dia memudahkan urusan-urusan saya satu persatu. Saya mula jatuh cinta dengan Dia! Sangat romantik bila saya membaca ayat-ayat chentaNya. Auwwww. Mata berkedip-kedip. Bertambahan pula, hari ini merupakan hari Jumaat! Penghulu segala hari. Selepas saya menyahut cabaran Inche Gabbana, saya lebih teruja dengan aktiviti-aktiviti yang bakal saya lakukan. Malah saya lebih tenang dan bersemangat untuk membuka buku Calculus saya yang hanya saya buka ketika di dalam kelas mahupun untuk mengahadpi ujian saringan. Bukankah saya sedang melakukan ibadah apabila saya terus menerus mencari ilmu? Tak ke kool beribadah dengan penuh rasa ikhlas dan cinta? Belum pasti? Cubalah, malah anda seumpama mendapat satu perasaan baru? Perasaan yang tak pernah anda feel sebelum ini. Semangat ini harus kita bersama-sama kekal! Mashaallah, apa kata saya mengajak anda untuk terus menerus bersemangat melakukan ibadah? Ingat Allah sentiasa bersama-sama dengan orang sabar? Teehee :D Okayy, saya tahu apa yang bakal menghidupkan kembali semangat anda yang mati dihempap dengan gergasi berkepala ikan dan berbadan ayam pada hari Jumaat seperti ini? Lagu yang bakal menyelinap masuk kedalam jiwa anda! Merasuk anda supaya bersemangat pada hari Jumaat ini! Percayalah pada saya! Senyum gembira sambil membuat tanda aman. ^^

Koleksi gergasi yang akan menhempat semangat anda :)

Wednesday 18 January 2012

Saya Cuba (Y)

Assalamualaikum :3
Hari ni merupakan hari yang agak perit dan pahit bagi saya. Pahit mengalahkan Paracetamol 650 mahupun Salbutamol 1ATM, malah lebih dari pucuk ulam pegaga yang tumbuh melata di depan rumah saya.  Pahitnya saya jugalah yang rasa. Pahit yang hanya saya mampu telan dengan hati. Di digest perlahan-lahan agar hati saya dapat menerima semua tindak balas. Takut-takut hati saya terkena infection. Mashaallah. Saya takut dengan semua uijan yang Dia beri pada saya, Dia palingkan hati saya. Akibat daripada tak tertahan ujian seberat ini, takut-takut saya di palingkan dari terus menerus mencari keredhaanNya. Hidup ini ringkas tapi padat. Padat dengan segala pelbagai macam karenah dunia. Inilah yang saya takuti. Astagfirullah. Saya jadi lemah memikirkan semua perkara yang berlaku dan bakal terjadi. Lembik seperti cicak gemuk yang melata di dinding rumah anda juga seperti Ultraman Tiga yang rebah akibat di patuk ayam berbadan cicak. Saya perlukan sokongan lampu seperti yang diperlukan Ultraman. Saya perlukanNya. Itu saya pasti. Tapi bagaimana.??
Raksasa yang hot!

Saya jadi runsing dengan segala macam dugaan yang diuji. Saya tahu, segala sesuatu yang saya hilang bukan lah hak milik saya. Jadi bukankah saya jadi manusia tidak bersyukur bertanyakan mengapa saya kehilangan sesuatu yang pasti bukan milik saya? Malah saya sendiri bukan kepunyaan mutlak saya. Saya milik Allah bukan? Saya belum ber husnudzon sepenuhnya dengan pencipta saya. Walaupun saya ditimpa segala ujian yang berat, saya alpa yang sebenarnya saya perlukan sesuatu. Saya perlu berhenti dan duduk mengadu semua masalah saya kepada yang mnegetahui segala sesuatu. Saya rasa tak kool bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Lagu sentimental yang menjadi peneman semangat berkorbar-kobar saya juga jadi suram. Saya tahu, perit dan payah untuk kita terus redha dengan semua benda. Saya harap Allah terus tingkatkan ketabahan dan kesabaran saya. Kenapa perlu saya bersedih. Segalanya telah Dia tetapkan. Saya musti percaya Dia! Dia sayang saya kot!!!! Dia mengetahui apa yang ada di depan. Oww yeahh. Saya harus lebih kuat dari raksasa berkepala ayam dan berbadam cicak! Malah kuat daripada batu kryptonite untuk saya mengalahkan rasa ragu-ragu dan soalan-soalan yang membunuh jiwa saya! Doakan saya lebih kool dan tenang dalam menghadapi setiap ujian yang Allah tetapkan kepada saya. Bukankan Ujian Allah itu tandakan Allah rindukan saya? Tak ke swit tuh? Hihi, saya sepatutnya date dengan Allah lebih lama. Sepatutnya saya mempunyai fikiran yang Allah rindukan saya, jadi diberikan ujian agar saya ingatkanNya. Oww yeahhh!! Barulah semangat saya naik meninggi! Saya mula rasa aura itu. Ya, tidakkah anda rasa? Kali ini, saya rasa tanpa bantuan Inche Gabbana! Osem, ini lah permulaan yang baik. Alhamdulillah, ujian ini Allah berikan kepada saya! Senyum dan membuat tanda aman ^^

Tuesday 17 January 2012

Salah ke??? :(

Assalamualaikum :3
Astagfirullah, mengantuknya mata ni. Saya rasa macam nk tertidur je atas lappie saya yang comel ni. Tapi rasa macam dah tak update blog ni dan saya rasa ikan saya pn dah lama tak dapat bedtime story! teehee :D
Actually kisah yang saya ingin ketengahkan hanya isu imej yang saya bawa. Mashaallah, tade niat pn nk tunjuk fesyen-fesyen ni. Sebenarnya hari ini saya ada dua ujian, satu sepastinya ujian dari Allah beri kepada saya dan kedua ujian yang saya tempuh di Dewan Perdana-CTU 151 Test. HAHA, saya cukup bahagia mengatakan saya telah meletakkan pendapat sendiri dalam esei sebentar tadi. Semangat untuk menulis saya sungguh berkobar-kobar tahap ultraman berlari-lari sambil merosakkan bangunan-bangunan di sekitar bandar. Namun, bukan isu kemahiran saya mengebang dalam pembikinan esei. Sebenarnya, saya ingin menyatakan pendapat saya yang sangat marhaen ni. :( Sebenarnya, sebentar tadi saya pergi dengan memakai jubah pemberian kakak saya yang pulang dari tanah suci mekah. Jubah yang sumpah osem dan tersangatlah bergaya itu telah saya pakai bersama-sama dengan seluar jeans saya yang sumpah kool. Saya dengan yakin dan rasa rendah diri membawa imej yang saya tanpa ragu-ragu sebagai diri saya sendiri. Sambil mengenakan tudung putih saya berjalan *mendaki, ke Dewan Perdana, Ramai yang mempersoalkan saya mengapa saya berpakaian seperti itu. Ada pulang rakan sekelas menegur, "eh, kau dah pakai elok-elok dah jubah. tiba-tiba kau pakai jeans plak. apa la kau ni. tak ayu lah. lain kali kau pakai la seluar yang ayu", kata Semail kepada ku. Saya terfikir, apakah misi utama saya memakai pakaian? Bukan kah saya sebenarnya sedang melakukan ibadah? Dengan memakai seperti itu, saya cukup berpuas hati dengan diri saya. Sungguh selesa! Malah saya rasa semangat tahap kucing gemuk membawa perut yang penuh untuk tidur di dalam rumah.
Wuu, gemuk tu.

Saya rasa kurang selesa jadinya apabila diperkatakan seperti itu. Nawaitu saya bukan lah untuk tampak ayu di mata kasar masyarakat. Saya hanya ingin berpakaian seperti mana saya rasa cukup untuk menutup aurat dan masih membawa imej dan karakter saya. Saya tahu, siapalah saya ingin berkata-kata seperti ini. Tapi manusia juga mempunyai perasaan. Mungkin inner side of me perlahan-perlahan ingin keluar dari kepompom. Saya tidak kisah dengan semua pandangan manusia terhadap saya, kerana mereka tidak tahu siapa sebenarnya saya. Yang menjadi kerisauan saya cuma pandangan Allah terhadap saya. Saya hambaNya yang sangat lemah lagi tidak berkuasa. Tambahan saya banyak melakukan dosa yang hanya Allah jua yang tahu betapa kerdilnya saya. Mashaallah. Ohh ya, selepas pulang daripada test tu, saya ada singgah di pusat islam untuk mendengar ceramah yang di anjurkan pihak Universiti Insaniah. Ohh, sungguh kool, walaupun tak berapa basah ceramahnya, namun masih memberi impak positif di hati ini. Mungkin asap tebal dan kabus yang banyak tadi membuat saya rasa sesak melihat pak ustaz berkata-kata di hadapan. *Lain kali dapat dikurangkan asapnye yee :D. HAHA, saya harap dapat saya sertai lagi program-program yang lebih jitu dan osem! Saya harap pendapat saya tentang seorang gegurl seperti saya memakai jeans bersama-sama jubah saya tidak menjadi satu masalah. Andai pihak anda, ya anda. ehh, anda. jangan toleh di belakang, memang anda! tidak bersetuju, boleh meletakkan pendapat anda di bawah. Segala kerjasama hanya Allah yang balas, semoga kita sentiasa di bawah kerahmatanNya. Ameen :)

Thursday 12 January 2012

Sentimental yang Membuat Jiwa Tenang :)

Assalamualaikum :3
Hari dah nak pagi dah! tapi saya masih aktif bersenam jari saya menaip butang-butang comel di atas lappie saya yang juga sungguh comel! oww yeahhh : > Malam-malam macam ni sungguh ketandusan idea dan kata-kata untuk menterjemahkan minda ke dalam bentuk tulisan. Ahhhhh. Terasa lapar di tengah-tengah keheningan malam ni. Sambil mendengar masalah rakan di telinga, tangan laju menaip di sini. sungguh osem! oww yeaahhh :D Terdetik di hati tentang lagu yang menjadi santapan telinga ni. Lagu yang akan di ulang-ulang sehingga semua rakan sebilik muntah darah ataupun pengsan kerana terlalu bosan mendengar lagu ini berulang kali. Lagu yang saya akan hayati diwaktu membaca penulisan Inche Gabbana *sungguh osem! Lagu yang membuat saya terfikir tentang kehinaan diri saya. Redemption Song yang menjadi tajuknya. Penyanyinya pulak asal dari negara Timur tengah. Raef yang juga merupakan penyajak arab yang sangat kool! Saya tak tau kenpa bila saya dengar lagu tu semangat untuk melakukan kebaikan bertambah-tambah dan berkoba-kobar. Saya jadi kuat tahap ultaman mebius melawan cicak gergasi bertangan pendek! Saya terus ada feel nak buat solat extra. HAHA. Lagu yang sentimental membuat jiwa saya tenang. Kadang-kadang mampu membuat saya menangis sebab mengenang semua benda yang saya dah lalui. :'(

Mebius yang cuba mematahkan tgn pendek raksasa



Allah itu Maha Adil. PerancanganNya cukup bijak. Bila kawan saya cerita tentang masalah yang dia sedang tarungi. Baru saya faham. Teringat ketika saya sedang sedih tahap seorang mat salleh tertelan cili api dari Jawa Barat. Ketika saya diuji dengan ujian yang membuat saya pilih jalan berputus asa. Jalan yang bukan daripada pilihan saya sendiri. Result SPM yang tidak membanggakan. Saya tidak mahu menruskan dengan apa yang saya sudah mula.  
    
   " Allah tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu"

Disaat tu saya paham kenapa Dia tak bagi apa yang saya nak. Kadang-kadang kehilangan satu benda buat kita sedih. Atau sesuatu yang kita benar-benar inginkan, tetapi kita gagal untuk memiliki. Terdetik di hati kecil "mengapa Allah tak mahu untuk kabulkan doa aku? sedangkan dah 3 hari aku buat tarawikh hajat. 24 rakaat sekaligus aku menoggeng menangis mintak!" Astagfirullahalzim. Saya mengaku pernah berbicara seperti di atas. Bukan doa saya tak dikabul. Malah Allah nak uji betulkah saya akan melakukan demikian bila saya sudah capai dengan apa yang saya sudah keccapi. Ada pula yang terdeti " Asal lah dia yang tunggang terbalik tu yag dapat semua, aku yang tertonggeng ni? Habuk pun takde?" Mungkin ini semua ujian buat kita hambaNya. Untuk rakan-rakan saya pula, MUET Test buat mereka lebih sedar dan peka dengan alam sekililing. Mashaallah. Hidayah Allah pasti jua milikNya. Diberi kepada kita dalam keadaan yang tak disangka. Mungkin saya yang marhaen ini berkata-kata seolah-olah saya hebat. Namun perwartakan dan imej yang saya bawa masih lagi tampak ragu dan kabur. Saya berharap Allah kurniakan saya hati yang mampu menepis semua bisikan yamg mampu kecundangkan saya. Percayalah. Dosa itu seronok namun seksa! Buat sesiapa yang masih mencari-cari inner side of you (macam saya :P), carilah dengan hati yang tenang. Dan bukan secara terburu-buru. Sabar dalam menempuh semua dugaan. Saya pohon Allah akan sentiasa tingkatkan kesabaran saya. Saya juga masih mencari dan mencari. Saya hampir ketemu, namun perasaan takut dan tidak bersedia menghantui diri saya. Doa harap di jauhkan dari perasaan itu. Bisikan syaitan yang berkumandang. Semoga kita semua sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dariNya. Inshaallah :)


*entry ni 2 hari saya tulih sebab saya melayan hobi tidur saya, mashaallah.

Tuesday 10 January 2012

Kerdilnya saya :'(

Assalamualaikum semua . :3
Semoga anda semua di dalam keadaan yang paling dirahmati Allah swt. Pada mulanya, saya dah seminggu terasa nak aktif dalam bidang penulisan blog ni. Namun yang menjadi penghadang, merupakan En Masa yang sangat mencemburui saya. Khilaf saya tidak pandai membahagi masa, Astagfirullah. Sebenarnya yang menyebabkan saya kembali aktif meneruskan juga niat yang terkubu ni ialah usaha kerjasama Inche Gabbana secara tidak lansung. thnks yawww! Penulisannya yang mmg sangat superb membuat saya akan berfikir dan bertanya diri sendiri! cukup tersentuh selepas membaca penulisannya. Padat, efektif, sinis. Namun berkesan. Itu yang pasti. Tak percaya? Cubalah! HAHA. Namun itu bukan lah yang saya ingin entry kan. jugak bukan yang saya fikir ketika saya melayan laman MukaBuku. Ini yang saya ingin postkan. Apa yang saya fikir. Jelas, namun jalannya kabur. Astagfirullah. Hidayah itu milik Allah. DiberikanNya dalam pelbagai cara. Dan yang pasti cara yang tak disangka-sangka. Hanya dengan membaca blog Inche Gabbana juga salah satu daripadanya. Saya tahu, penulisan saya sebelum ini tidak pernah berbentuk seperti ini, malah perwatakan dan karakter yang saya miliki juga jauh sekali. Akan tetapi, hati saya diam dan malu. Saya masih ragu-ragu dengan apa yang saya ingin pilih. Saya sudah melihat ramai rakan yang kecundang dulunya kini seorang yang sangat saya kagumi. Malah, rakan yang saya senang memanggil adik lebih kehadapan dari saya, walaupun dulu saya yang pernah memimpin ke jalan yang lurus. Bukanlah saya sesat. Saya cuma tidak berganjak dari tempat saya, bagaimana saya nk ke hadapan. Saya takut untuk kehadapan.  Saya takut akan komitmen yang saya bakal contribute. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam menemui jalan yang paling terbaik dalam diriku. 
            

Saya berharap agar sinar itu dikurniakan kepada saya kelak. Semoga Allah membukakan hati saya andai hati ini belum terbuka. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hati ini. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan kurniaanNya sehingga ke saat ini. Kehilangan yang kerdil tak setanding dengan pemberian yang sebesar lautan. MasyaAllah. Okaylahh. Saya nak sambung untuk melakukan tugasan yang juga merupakan jalan fi sabilillah. Assalam. :)

Friday 6 January 2012

A Last Entry Of The Year :)

Assalamulaikkum. sambil menghirup secawan ribena yang dibancuh sendiri. aku rasa nak tulis entry baru memandangkan hari ni last day for 2011. tahun yang banyak bnda yang tragis berlaku dalam hidup aku. mula-mula aku rasa sedih tahun ni, sebab aku tak dapat sekolah sama lagi ngn diorang yang sangat gempak. iaitu=bella, pu and gedeg. tapi, aku redha je :( . aku ingat lagi masa aku menyelinap masuk dalam asrama, siap blh bertapak kat situ. tp, lps kena marah dengan pu. aku dah tak buat lagi. tambahan plak,laily n bella plak g btau mama pu. nahas ahh aku. mmg masak ahh lps tu. so aku nekad, tak suka lagi nak lepak situ lbh2. setakat duk dorm pu mengelabah ngn dieorg jap2 blh la. then aku keja merapu2 n aku lepak lbh lama. buskin kat padang kota. XD. hmmm, aku selalu lah pg kat pu. pg visit dia. tapi aku tak tau la dia suka ke tak. time birthday aku pn mcm babun je, aku kena dumb ngn asif. haha. pg skola dieorg plak kena kan aku. mmg balik tu aku pkai baju campur2 je. haha. auwww, rindunyeee korang! then time utk dapat result. aku tau la result aku takkan gempak. tp... aku tak putus asa pnya doa. n it goes, mmg tak elok pn result aku, aku nangis berkoyan2 pn tak guna. pu balik rumah aku. dia dapat la tgk aku yang mcm nk mati punya sedih. thanks pu <3. aku bawak dia round2 penang. n aku pn happy gak actually. after dia balik aku batak rindu dia! dah tak dapat hang. to be cont..