Tuesday 10 January 2012

Kerdilnya saya :'(

Assalamualaikum semua . :3
Semoga anda semua di dalam keadaan yang paling dirahmati Allah swt. Pada mulanya, saya dah seminggu terasa nak aktif dalam bidang penulisan blog ni. Namun yang menjadi penghadang, merupakan En Masa yang sangat mencemburui saya. Khilaf saya tidak pandai membahagi masa, Astagfirullah. Sebenarnya yang menyebabkan saya kembali aktif meneruskan juga niat yang terkubu ni ialah usaha kerjasama Inche Gabbana secara tidak lansung. thnks yawww! Penulisannya yang mmg sangat superb membuat saya akan berfikir dan bertanya diri sendiri! cukup tersentuh selepas membaca penulisannya. Padat, efektif, sinis. Namun berkesan. Itu yang pasti. Tak percaya? Cubalah! HAHA. Namun itu bukan lah yang saya ingin entry kan. jugak bukan yang saya fikir ketika saya melayan laman MukaBuku. Ini yang saya ingin postkan. Apa yang saya fikir. Jelas, namun jalannya kabur. Astagfirullah. Hidayah itu milik Allah. DiberikanNya dalam pelbagai cara. Dan yang pasti cara yang tak disangka-sangka. Hanya dengan membaca blog Inche Gabbana juga salah satu daripadanya. Saya tahu, penulisan saya sebelum ini tidak pernah berbentuk seperti ini, malah perwatakan dan karakter yang saya miliki juga jauh sekali. Akan tetapi, hati saya diam dan malu. Saya masih ragu-ragu dengan apa yang saya ingin pilih. Saya sudah melihat ramai rakan yang kecundang dulunya kini seorang yang sangat saya kagumi. Malah, rakan yang saya senang memanggil adik lebih kehadapan dari saya, walaupun dulu saya yang pernah memimpin ke jalan yang lurus. Bukanlah saya sesat. Saya cuma tidak berganjak dari tempat saya, bagaimana saya nk ke hadapan. Saya takut untuk kehadapan.  Saya takut akan komitmen yang saya bakal contribute. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam menemui jalan yang paling terbaik dalam diriku. 
            

Saya berharap agar sinar itu dikurniakan kepada saya kelak. Semoga Allah membukakan hati saya andai hati ini belum terbuka. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hati ini. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan kurniaanNya sehingga ke saat ini. Kehilangan yang kerdil tak setanding dengan pemberian yang sebesar lautan. MasyaAllah. Okaylahh. Saya nak sambung untuk melakukan tugasan yang juga merupakan jalan fi sabilillah. Assalam. :)