There was an error in this gadget

Thursday, 2 February 2012

Saya Sayang Awak!! OPPPS :O

Assalamualaikum :3
Terkejut? Ehh, jangan pengsan! Saya belum memulakan lagi penulisan saya. Jangan cepat menghukum hanya dengan title entry ini. >.<  Sejujurnya saya katakan yang sudah hampir dua minggu bulan purnama saya tidak meneruskan penulisan. Lagi, saya hanya mampu menyimpan entry ini dengan tajuknya yang hampir dua minggu dalam kotak draft saya. Suka untuk saya mulakan penulisan bukan dengan ngomelan yang comel bukan? Peluh kecil dan mengeluh. Sebenarnya entry kali ini akan lebih berbeza daripada entry yang sebelumnya. Ini kerana entry dituju khas buat insan yang saya sayangi. Jeng.. Jeng.. Jeng >.< Siapakah insan yang sungguh bertuah kerana disayangi oleh saya yang comel ini. Senyum lebar-lebar.
I LOVE YOU <3
Sumpah anda nak tahu? Okayy.  Saya akan beritahu anda! Tapi sebelum itu diminta sesiapa yang mempunyai sejarah kesihatan tentang masalah jantung lemah dan jantung berlubang serta penyakit allergy dengan udang kering dan belacan daripada Jawa Timur mahupun resdung dan sawan, anda diminta untuk lebih bersedia kerana saya tidak akan bertangggung jawab di atas segala apa yang bakal berlaku. :O AWAK! Ye awak! ehh, apalah. Kenapa berpaling ke berlakang, padahal ia jelas menerangkan AWAK! Ya, tanpa ragu-ragu  lagi saya bangun berdiri tegak menyatakan yang bahawasanya saya sememangnya sayangkan awak! Kenapa?! Sebab yang pasti  kita sememangnya bersaudara daripada segi yang paling unik dan sungguh kool. Kita ini sedara seislam, HAHA. Terkena? Mungkin tidak. Sebenarnya entry ini saya tujukan khas buat sahabat yang saya senang membahasakan dengan panggilan adik! Ye, awak. Saya sayang awak! Tak kira lah apa yang telah berlaku, sebanyak mana cicak gergasi yang ditumpaskan oleh Mebius dan Gama, bangunan-bangunan yang banyak dirobohkan dek keterujaan Ultraman melawan gergasi-gergasi yang menyerang, saya ketepikan kesemua permasalahan yang dicipta atau tercipta dengan usaha yang berkoyan-koyan agar persahabatan ini kekal kool dan bergaya sehingga................................. syurga yang abadi. Inshaallah. Senyum sambil membuat tanda aman. Mungkin segala permasalahan yang timbul sukar untuk saya selesai dan rungkai seorang diri, jadi tanpa segan silu saya dengan muka setebal enam puluh sentimeter darab dua memohon kepada Dia yang  menemukan saya dengan awak! Saya amat sungguh bersyukur sekali. Saya sayang awak! OPPPSS :O
  
:P  
Sungguh saya katakan. Tanpa ragu saya jelaskan. Namun masih kabur jalannya. Saya jadi bingung seketika. Memikirkan usaha-usaha kecil yang saya lakukan untuk kukuh dan suburkan persahabatan yang saya sayang ini. Saya jadi lebih gementar memikirkan bilakah tarikh luput persahabatan ini awak. Saya takut saya rebah lalu pengsan dan tidak sedarkan diri dengan pertengahan jalan. Siapa yang ingin meneruskan usaha saya??? :'( Tapi saya lupa seketika, bukan lah kerana memakan sedulang kepala ikan kembung goreng kunyit. Tapi saya lupa yang temukan saya dengan persahabatan ini ialah Allah. Jika itu yang ditentukan Dia, saya terima dengan penuh redha dan bersahaja. Siapalah saya ingin melawan kuasa Dia? Saya hanya hambaNya yang hina dina lagi lemah dan tak bermaya. Saya hanya mampu berdoa dan teruskan usaha saya. Inshaallah, Dia pasti mendengar suara kecil saya meminta keampunan dan kerahmatan dari Dia yang Maha Esa. Sejarah biarkan yang berlalu. Saya jadikan ia sebagai satu motivasi diri saya.
Warnailah kasih sayang anda dengan warna yang kool !
 Saya berharap anda semua mendapat cara untuk menyuburkan dan mengekalkan kasih sayang anda dengan cara yang paling kool dan osem. Warnailah kasih sayang anda dengan warna yang paling bergaya dan kool ! Sesungguhnya pohonlah pertolongan dan bertanyalah pada yang sedia tahu tentang masa depan anda. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia jua kita kembali. Saya berdoa agar persaudaraan kita akan kekal selama-selamanya. Semoga anda semua terus sedia beramal agar kelak kita mampu bersama-sama memimpin berjalan ke syurgaNya. Inshaallah.


>.<  psssst.. Awak ! Saya sayang awak tau. Shhh  :O