Heee, hari ini saya berniat untuk menulis blog lebih awal daripada kebiasan. Tidak ada kaitan dengan sebarang siaran tv mahupun apa-apa lagi, cuma saya begitu teruja pada hari ini. Muka teruja sambil buka mulut. Sebenarnya saya ingin menyahut cabaran Inche Gabbana yang sungguh osem dan kool. Osemnya Jumaat, itulah tema yang diberikan oleh beliau. Namun, di waktu semua manusia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga sambil menonton Ultraman Mebius and Brothers, saya pula masih ligat berada di kampus menghabiskan masa bersama buku, ayat chenta Allah dan lappie ini. Bagaimana saya mahu menyahut cabaran Inche Gabbana. :O Saya tidak akan berputus asa! Pandang kiri pandang kanan. Oww yeahhh, apakah saya sudah lupa! Kenapa saya tidak terfikir? Sungguh kool dan bergaya idea yang muncul di minda. Sebenarnya, sebelum saya muncul dengan idea se osem ini, saya sudah pun bertekad untuk mengajak rakan saya untuk membaca al-mathurat bersama-sama. Namun pelawaan saya di tolak dengan senyuman tanpa kata-kata. Muka sedih. Lalu, semalaman saya memikirkan cara. Mengapa saya tidak mengajak diri saya bersama-sama saya melakukan kebaikan?? Sungguh osem kan? Gelak besar. Sebenarnya, pada hari ini saya sangat teruja untuk bersama-sama diri saya sendiri untuk membuat kebaikan. Di mulakan dengan solat subuh yang osem! Lalu saya teruskan dengan mandi. Sunnah Rasulullah SAW pada hari jumaat. Sudahkah anda membaca surah al-kahf? Belum, tidak, cepat-cepat. Fadhilatnya sungguh kool dan sangat menguntungkan?
.............
Saya hilang sebentar. Jangan risau. Saya sudah kembali bersemangat seperti ultraman Tiga yang berjaya melawan raksasa ikan berbadan ayam. Semestinya dengan bantuan lagu yang sangat kool. ! Oww yeahh. Kembali bersemangat. Hari yang penuh barakah ini perlu saya manfaatkan!
Surah al-Kahf, m/s:293 |
Koleksi gergasi yang akan menhempat semangat anda :) |