There was an error in this gadget

Friday, 20 January 2012

Saya Sahut ^^

Assalamualaikum :3
Heee, hari ini saya berniat untuk menulis blog lebih awal daripada kebiasan. Tidak ada kaitan dengan sebarang siaran tv mahupun apa-apa lagi, cuma saya begitu teruja pada hari ini. Muka teruja sambil buka mulut. Sebenarnya saya ingin menyahut cabaran Inche Gabbana yang sungguh osem dan kool. Osemnya Jumaat, itulah tema yang diberikan oleh beliau. Namun, di waktu semua manusia pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga sambil menonton Ultraman Mebius and Brothers, saya pula masih ligat berada di kampus menghabiskan masa bersama buku, ayat chenta Allah dan lappie ini. Bagaimana saya mahu menyahut cabaran Inche Gabbana. :O Saya tidak akan berputus asa! Pandang kiri pandang kanan. Oww yeahhh, apakah saya sudah lupa! Kenapa saya tidak terfikir? Sungguh kool dan bergaya idea yang muncul di minda. Sebenarnya, sebelum saya muncul dengan idea se osem ini, saya sudah pun bertekad untuk mengajak rakan saya untuk membaca al-mathurat bersama-sama. Namun pelawaan saya di tolak dengan senyuman tanpa kata-kata. Muka sedih. Lalu, semalaman saya memikirkan cara. Mengapa saya tidak mengajak diri saya bersama-sama saya melakukan kebaikan?? Sungguh osem kan? Gelak besar. Sebenarnya, pada hari ini saya sangat teruja untuk bersama-sama diri saya sendiri untuk membuat kebaikan. Di mulakan dengan solat subuh yang osem! Lalu saya teruskan dengan mandi. Sunnah Rasulullah SAW pada hari jumaat. Sudahkah anda membaca surah al-kahf? Belum, tidak, cepat-cepat. Fadhilatnya sungguh kool dan sangat menguntungkan?


.............

Saya hilang sebentar. Jangan risau. Saya sudah kembali bersemangat seperti ultraman Tiga yang berjaya melawan raksasa ikan berbadan ayam. Semestinya dengan bantuan lagu yang sangat kool. ! Oww yeahh. Kembali bersemangat. Hari yang penuh barakah ini perlu saya manfaatkan!
Surah al-Kahf, m/s:293
Seperti yang anda tahu, ye anda. ehh anda! Bukan-bukan, memang anda. Saya mengalami kepahitan yang melampau dan lega untuk saya lepaskan bahawa saya rasa Allah sangat mendengar doa saya. Dia memudahkan urusan-urusan saya satu persatu. Saya mula jatuh cinta dengan Dia! Sangat romantik bila saya membaca ayat-ayat chentaNya. Auwwww. Mata berkedip-kedip. Bertambahan pula, hari ini merupakan hari Jumaat! Penghulu segala hari. Selepas saya menyahut cabaran Inche Gabbana, saya lebih teruja dengan aktiviti-aktiviti yang bakal saya lakukan. Malah saya lebih tenang dan bersemangat untuk membuka buku Calculus saya yang hanya saya buka ketika di dalam kelas mahupun untuk mengahadpi ujian saringan. Bukankah saya sedang melakukan ibadah apabila saya terus menerus mencari ilmu? Tak ke kool beribadah dengan penuh rasa ikhlas dan cinta? Belum pasti? Cubalah, malah anda seumpama mendapat satu perasaan baru? Perasaan yang tak pernah anda feel sebelum ini. Semangat ini harus kita bersama-sama kekal! Mashaallah, apa kata saya mengajak anda untuk terus menerus bersemangat melakukan ibadah? Ingat Allah sentiasa bersama-sama dengan orang sabar? Teehee :D Okayy, saya tahu apa yang bakal menghidupkan kembali semangat anda yang mati dihempap dengan gergasi berkepala ikan dan berbadan ayam pada hari Jumaat seperti ini? Lagu yang bakal menyelinap masuk kedalam jiwa anda! Merasuk anda supaya bersemangat pada hari Jumaat ini! Percayalah pada saya! Senyum gembira sambil membuat tanda aman. ^^

Koleksi gergasi yang akan menhempat semangat anda :)

2 comments:

  1. wah!!! tingginya bahasa. berpuitis :)
    nway, bangga menjadi pembaca setia blog ni :D

    ReplyDelete
  2. HAHA, trimas. harap anda juga bangga menjadi pen"klik" setia nuffnang. teehee. Hanya Allah yg membalas budi dan niat ikhlas anda. :D

    ReplyDelete