Thursday 12 January 2012

Sentimental yang Membuat Jiwa Tenang :)

Assalamualaikum :3
Hari dah nak pagi dah! tapi saya masih aktif bersenam jari saya menaip butang-butang comel di atas lappie saya yang juga sungguh comel! oww yeahhh : > Malam-malam macam ni sungguh ketandusan idea dan kata-kata untuk menterjemahkan minda ke dalam bentuk tulisan. Ahhhhh. Terasa lapar di tengah-tengah keheningan malam ni. Sambil mendengar masalah rakan di telinga, tangan laju menaip di sini. sungguh osem! oww yeaahhh :D Terdetik di hati tentang lagu yang menjadi santapan telinga ni. Lagu yang akan di ulang-ulang sehingga semua rakan sebilik muntah darah ataupun pengsan kerana terlalu bosan mendengar lagu ini berulang kali. Lagu yang saya akan hayati diwaktu membaca penulisan Inche Gabbana *sungguh osem! Lagu yang membuat saya terfikir tentang kehinaan diri saya. Redemption Song yang menjadi tajuknya. Penyanyinya pulak asal dari negara Timur tengah. Raef yang juga merupakan penyajak arab yang sangat kool! Saya tak tau kenpa bila saya dengar lagu tu semangat untuk melakukan kebaikan bertambah-tambah dan berkoba-kobar. Saya jadi kuat tahap ultaman mebius melawan cicak gergasi bertangan pendek! Saya terus ada feel nak buat solat extra. HAHA. Lagu yang sentimental membuat jiwa saya tenang. Kadang-kadang mampu membuat saya menangis sebab mengenang semua benda yang saya dah lalui. :'(

Mebius yang cuba mematahkan tgn pendek raksasa



Allah itu Maha Adil. PerancanganNya cukup bijak. Bila kawan saya cerita tentang masalah yang dia sedang tarungi. Baru saya faham. Teringat ketika saya sedang sedih tahap seorang mat salleh tertelan cili api dari Jawa Barat. Ketika saya diuji dengan ujian yang membuat saya pilih jalan berputus asa. Jalan yang bukan daripada pilihan saya sendiri. Result SPM yang tidak membanggakan. Saya tidak mahu menruskan dengan apa yang saya sudah mula.  
    
   " Allah tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu"

Disaat tu saya paham kenapa Dia tak bagi apa yang saya nak. Kadang-kadang kehilangan satu benda buat kita sedih. Atau sesuatu yang kita benar-benar inginkan, tetapi kita gagal untuk memiliki. Terdetik di hati kecil "mengapa Allah tak mahu untuk kabulkan doa aku? sedangkan dah 3 hari aku buat tarawikh hajat. 24 rakaat sekaligus aku menoggeng menangis mintak!" Astagfirullahalzim. Saya mengaku pernah berbicara seperti di atas. Bukan doa saya tak dikabul. Malah Allah nak uji betulkah saya akan melakukan demikian bila saya sudah capai dengan apa yang saya sudah keccapi. Ada pula yang terdeti " Asal lah dia yang tunggang terbalik tu yag dapat semua, aku yang tertonggeng ni? Habuk pun takde?" Mungkin ini semua ujian buat kita hambaNya. Untuk rakan-rakan saya pula, MUET Test buat mereka lebih sedar dan peka dengan alam sekililing. Mashaallah. Hidayah Allah pasti jua milikNya. Diberi kepada kita dalam keadaan yang tak disangka. Mungkin saya yang marhaen ini berkata-kata seolah-olah saya hebat. Namun perwartakan dan imej yang saya bawa masih lagi tampak ragu dan kabur. Saya berharap Allah kurniakan saya hati yang mampu menepis semua bisikan yamg mampu kecundangkan saya. Percayalah. Dosa itu seronok namun seksa! Buat sesiapa yang masih mencari-cari inner side of you (macam saya :P), carilah dengan hati yang tenang. Dan bukan secara terburu-buru. Sabar dalam menempuh semua dugaan. Saya pohon Allah akan sentiasa tingkatkan kesabaran saya. Saya juga masih mencari dan mencari. Saya hampir ketemu, namun perasaan takut dan tidak bersedia menghantui diri saya. Doa harap di jauhkan dari perasaan itu. Bisikan syaitan yang berkumandang. Semoga kita semua sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dariNya. Inshaallah :)


*entry ni 2 hari saya tulih sebab saya melayan hobi tidur saya, mashaallah.

No comments:

Post a Comment