There was an error in this gadget

Tuesday, 17 January 2012

Salah ke??? :(

Assalamualaikum :3
Astagfirullah, mengantuknya mata ni. Saya rasa macam nk tertidur je atas lappie saya yang comel ni. Tapi rasa macam dah tak update blog ni dan saya rasa ikan saya pn dah lama tak dapat bedtime story! teehee :D
Actually kisah yang saya ingin ketengahkan hanya isu imej yang saya bawa. Mashaallah, tade niat pn nk tunjuk fesyen-fesyen ni. Sebenarnya hari ini saya ada dua ujian, satu sepastinya ujian dari Allah beri kepada saya dan kedua ujian yang saya tempuh di Dewan Perdana-CTU 151 Test. HAHA, saya cukup bahagia mengatakan saya telah meletakkan pendapat sendiri dalam esei sebentar tadi. Semangat untuk menulis saya sungguh berkobar-kobar tahap ultraman berlari-lari sambil merosakkan bangunan-bangunan di sekitar bandar. Namun, bukan isu kemahiran saya mengebang dalam pembikinan esei. Sebenarnya, saya ingin menyatakan pendapat saya yang sangat marhaen ni. :( Sebenarnya, sebentar tadi saya pergi dengan memakai jubah pemberian kakak saya yang pulang dari tanah suci mekah. Jubah yang sumpah osem dan tersangatlah bergaya itu telah saya pakai bersama-sama dengan seluar jeans saya yang sumpah kool. Saya dengan yakin dan rasa rendah diri membawa imej yang saya tanpa ragu-ragu sebagai diri saya sendiri. Sambil mengenakan tudung putih saya berjalan *mendaki, ke Dewan Perdana, Ramai yang mempersoalkan saya mengapa saya berpakaian seperti itu. Ada pulang rakan sekelas menegur, "eh, kau dah pakai elok-elok dah jubah. tiba-tiba kau pakai jeans plak. apa la kau ni. tak ayu lah. lain kali kau pakai la seluar yang ayu", kata Semail kepada ku. Saya terfikir, apakah misi utama saya memakai pakaian? Bukan kah saya sebenarnya sedang melakukan ibadah? Dengan memakai seperti itu, saya cukup berpuas hati dengan diri saya. Sungguh selesa! Malah saya rasa semangat tahap kucing gemuk membawa perut yang penuh untuk tidur di dalam rumah.
Wuu, gemuk tu.

Saya rasa kurang selesa jadinya apabila diperkatakan seperti itu. Nawaitu saya bukan lah untuk tampak ayu di mata kasar masyarakat. Saya hanya ingin berpakaian seperti mana saya rasa cukup untuk menutup aurat dan masih membawa imej dan karakter saya. Saya tahu, siapalah saya ingin berkata-kata seperti ini. Tapi manusia juga mempunyai perasaan. Mungkin inner side of me perlahan-perlahan ingin keluar dari kepompom. Saya tidak kisah dengan semua pandangan manusia terhadap saya, kerana mereka tidak tahu siapa sebenarnya saya. Yang menjadi kerisauan saya cuma pandangan Allah terhadap saya. Saya hambaNya yang sangat lemah lagi tidak berkuasa. Tambahan saya banyak melakukan dosa yang hanya Allah jua yang tahu betapa kerdilnya saya. Mashaallah. Ohh ya, selepas pulang daripada test tu, saya ada singgah di pusat islam untuk mendengar ceramah yang di anjurkan pihak Universiti Insaniah. Ohh, sungguh kool, walaupun tak berapa basah ceramahnya, namun masih memberi impak positif di hati ini. Mungkin asap tebal dan kabus yang banyak tadi membuat saya rasa sesak melihat pak ustaz berkata-kata di hadapan. *Lain kali dapat dikurangkan asapnye yee :D. HAHA, saya harap dapat saya sertai lagi program-program yang lebih jitu dan osem! Saya harap pendapat saya tentang seorang gegurl seperti saya memakai jeans bersama-sama jubah saya tidak menjadi satu masalah. Andai pihak anda, ya anda. ehh, anda. jangan toleh di belakang, memang anda! tidak bersetuju, boleh meletakkan pendapat anda di bawah. Segala kerjasama hanya Allah yang balas, semoga kita sentiasa di bawah kerahmatanNya. Ameen :)

No comments:

Post a Comment